Percutian Di Sabah


Gambar semasa melihat Gunung Kinabalu di Kundasang





Pada 29 November, saya dan keluarga telah pergi ke negeri Sabah. Di sana saya telah menginap di hotel Tabung Haji. Kami menempah dua buah bilik. bilik kami di tingkat 4. Esok harinya ayah saya telah menyewa sebuah kereta. Kami jalan-jalan di Sabah.

kemudian kami ke Kundasang dan menginap di sana untuk sehari. Kundasang berdekatan dengan Gunug Kinabalu, jadi tempat tu sangat sejuk. mandi pun..... tak nak lah cakap. Tetapi pemandangan di sana sangat cantik.

Selepas sehari di Kundasang, kami pulang ke Kota Kinabalu. Selepas itu kami pergi ke sebuah restoran di Bangunan Yayasan Sabah. Di sana kami tidak makan, hanya minum sahaja. Yang istimewa di sana ialah restoran tu berpusing.

Selepas seronok di Sabah, kami pulang ke Malaysia . Saya seronok di Sabah. Saya akan selalu ingat akan kenangan manis itu.

Kura-kura besar


Cuba anda tengok gambar di sebelah ini.Ini gambar kura-kura,jika anda lihat gambar ini memang nampak kecil tetapi ianya besar.Tingginya 14 cm dan tingginya 24 cm.Kura kura ini bagi saya memang besar.Saya jumpanya dibelakang rumah saya pada tarikh 15 june tahun 2010.Kua-kura ini saya rasa ditinggalkan oleh tuannya,selepas itu kura-kura ini pun membesarlah.Kesian kura-kura ini dikacau oleh adik saya.Dah saya tamat bercerita jumpa lagi.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme